Tuesday, January 5, 2016

BRACES




Hummm..hari ni aku nak cakap skit pasal braces sebab ramai sangat duk tanya pakai braces ni sakit ke idokk berapa lama kena pakai…macamana nak pakai brapa kos dia prosedur dia macamana. Satgi aku habaq naa..sabaq sat jangan dok kalut sangat haha… OK la macam ni, aku nak pakai braces ni dah lama sejak aku sekolah menengah lagi tapi masa tu ongkosnya xde dan xtau mcam mana nk buat. Bila dah tua2 ni baru boleh pakai braces. Sendu..haha… mula2 tu aku duk google macam2 pasal braces ni, kat klinik mana yang sediakan perkhidmatan braces ni, then aku tanya kawan aku yang pada masa tu dah ada pagar (braces) kat gigi dia tu. Lepas dah risik2 sebanyak mungkin maklumat then aku pon buatlah panggilan sulung aku ke sebuah klinik kat Pakar Orthodontik Pauh  Seberang Perai, Pulau Pinang. Dorang set kan satu date untuk appointment tapi aku lupa bila sebab dah lama, kad appointment pon dah hilang. 
Ortho Wax

Pada hari pertama pegi appointment tu, masuk bilik Dr, tengok segala mak nenek peralatan besi tersangkut naik seram la pulak. Mula2 Dr tanya kenapa nak pakai braces, aku jawab la nak jadi Zain Saidin, haha no lah aku cakaplah sebab gigi aku x rata, yang gigi depan ke dalam sikit, macam Misha Omar then dia cek gigi aku and kira. Dr. tanya lagi u pernah cabut gigi tak sebelum ni aku cakap x pernah. Ok mungkin gigi awak x naik penuh lagi then dia decided untuk cabut dua batang gigi jer ada yang kena cabut sampai 4 batang gigi then Dr cakap lagi gigi belakang awak mmg dah tak boleh buat aku cakap ok. Gigi belakang aku memang tak naik penuh. Lepas tu pulak Dr suh masuk bilik xray untuk buat xray. Aku kena gigit menatang apa ntah masa nak xray tu then Dr. suh sengeh. Uuiii…nak xray pon kena sengih ingat ambik gambaq ja kena sengih. Lepas xray dia letak benda apa ntah dalam mulut untuk buat mould. Jadilah bentuk gigi ko yang macam misi2 datang kat skolah bawak replica gigi yang nak tunjuk cara2 nak gosok gigi tu. Lebih kurang macam tu lah rupanya tapi semua kaler putih.

inter brush untuk berus celah2 braces
Lepas habis je kena bawah dalam RM190 kot masa first appointment tu. OK. Dah habis bab satu. Skang nak masuk bab 2 pulak. Appointment untuk cabut gigi. Masa nak cabut gigi tu aku pikir 10 kali nak buat ke tak…seriau jugak nak kena cabut gigi ni. Oh gosh! Tapi appointment ni kat klinik lain tau bukan klinik ortho tu sebab kat situ tak buat cabut gigi. Then aku pon pegilah kat sebuah klinik gigi kat Bertam Kepala Batas depan Petronas. Seperti biasa la nak cabut gigi kan kena bius dulu, masa nak bius tu uiii sakit dowh cucuk kat gusi. Ok dah rasa kebas, Dr pon mulalah tugasnya memulas gigi aku yang sihat dan tak sakit tu, susah oooo nak tanggal dekat  45 minit baru setel. Tu baru sebatang tapi aku kena cabut dua batang. Dr cakap u kena tunggu gusi u sembuh n tempat luka dan tutup baru boleh cabut yang lagi sebatang..OK… masa drive nak balik rumah rasa ngilu menyucuk2 dah terasa tempat gigi yang kena cabut tu. Sampai je kat rumah aku terus telan ubat tahan sakit. After 5 minit rasa lega sikit then terus tidur sampai petang. Bangun2 je rasa sakit datang balik rasa macam nak berguling2 jer sakitnya. Aduhh. Rasa lapar tapi takleh kunyah benda yang keras then p la cari pisang. Semangat! Cari bubur kat kedai siap, bubur instant pon beli. Seksa giler masa tu. Lepas seminggu baru rasa sembuh then buat appointment skali lagi dengan klinik untuk cabut gigi kedua. Yang kedua lagi lama, sejam lebih baru tanggal sampai Dr bius dua kali. Sakitnya takyah cakap la. Kos untuk cabut 2 batang gigi lebih kurang RM150. FYI, gigi bukan sesuka hati je yer nak cabut yang mana satu, Dr dari klinik braces tu yang akan tentukan gigi mana yang akan kena cabut and dia bagi satu surat kat kita untuk bagi kat klinik yang akan cabut gigi tu. OK. Habis bab 2.

Antara Oral care yang diberi lepas pakai braces RM54
Antara Oral care yang diberi lepas pakai braces RM54

Lepas 3 minggu gigi kedua yang aku cabut tu sembuh, aku call klinik braces tu untuk appointment pasang braces. Mula2 ada juga pikir nak buat ke tak tapi disebabkan gigi dah rongak 2 batang, nak tak nak kena pasang jugak. Ok masuk bab 3. Tarikh aku lupa masa kali pertama nak pasang braces tu berdebar jugak takut sakit, then Dr panggil masuk dalam bilik dia, mula2 dia tunjuk kat aku getah yang warna warni suh aku pilih warna, mula2 aku pilih warna biru. Tapi yang aku ambik bukan yang damon system tapi ambik yang elastic ties yang colourful. baru nampak bling2. Masa pasang tu tak sakit pon cuma rasa ngilu sikit sebab Dr macam duk pulas besi tu sebab nak bagi ketat kot. Lepas habis je pasang braces tak sampai pon setengah jam, kena buat appointmen untuk follow up setiap sebulan skali. Masa ni aku kena bayar dalam RM1000, dia bagi aku berus n ubat gigi khas untuk ortho, mouthwash macam listerine tu then wax untuk nak cover besi braces supaya tak bagi pipi luka. Mula2 tak rasa apa pon tapi bila malam tu memang takleh tidur, ko akan rasa gigi ko ditarik tarik dan nak mengunyah pon tak boleh. Ko hanya boleh makan benda2 yang lembut je macam pisang ke bubur ke tau benda2 yang tidak memerlukan aktiviti pengunyahan berlaku. Masuk mulut telan, masuk mulut telan. Seksa, minggu pertama berat turun 3 kilo. Haha. Benda ini akan berlaku setiap kali lepas appointment bulanan lepas korang p tukar getah dan besi braces. Sebab setiap bulan Dr akan ketatkan besi untuk tarik gigi bagi rapat.



Lepas tu setiap bulan kita kena p tukar getah dia tu yang warna warni tu. Bebas nak warna apa pon, nak atas biru bawah pink pon boleh. Nak selang-selang pon boleh, biru pink hijau. Lantak ko la Munah nak buat macamana pon. Then setiap bulan ko kena bayar RM200 secara ansuran dari jumlah harga braces tu. Macam yang aku ambik yang RM3900 yang satu lagi yang seramik (damon system) dekat RM5000. Yang seramik ni takde kaler, macam jernih jer, aku tak nak yang ni sebab tak Nampak glamour. Haha. So skrang ni dah dekat 2 tahun setengah baru boleh bukak. Terpulang pada struktur gigi lama ke cepat masa nak boleh bukak braces tu. Secara total untuk pasang braces tu dalam RM4000-RM4500. Tapi lain klinik tak sama harganya. So sapa yang rasa nak pasang braces tu boleh la baca dan pikir sebelum pakai. BEAUTY IS PAIN!!!

10 comments:

  1. Replies
    1. klinik pakar orthodontik pauh...permatang pauh..sorry for the late reply

      Delete
  2. Doktor lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
  3. Appoiment pertama tuh kena bayar tak lagi duit deposit?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Aslm..ada setengah org tk pyh cabut gigi tapi ada setengah lagi kena? Apa motif kena cabut gigi dulu eh?

    ReplyDelete
  6. Aslm..ada setengah org tk pyh cabut gigi tapi ada setengah lagi kena? Apa motif kena cabut gigi dulu eh?

    ReplyDelete
  7. Actually cabut gigi tu sbb nk mudahkan pergerakan gigi.. Sbb nk bg ruang.. Mngkn yg xprlu cbut tu sbb dh ada ruang untuk gigi tu bergerak..

    ReplyDelete