Wednesday, March 4, 2009

Thursday March 05, 2009

Mood: Sengal
Status: Separa Kritikal
Perasaan: bercampur aduk

Adoiii....tak tau lah kenapa tetibe aku berperasaan macam ni. sakit hati ada, tensen pon ada, sedih pon ada. susahnyer hidup ni...kadang-kadang ok kadang-kadang ko. today something happen in my life....tensen nyer...tak tau benda ni ok ke tak...kalau nak rasa ok think positif la...kalo nak naik hantu paham2 jelah yer....sakit hati aku kalau nak pikir balik benda ni...argghhhh...teruknya aku nih....

Sunday, March 1, 2009

MUSIC IS A PART OF MY LIFE

Hummm…when we talk about music, I know everyone loves music tapi depend la genre apa yang korang minat. Aku paling minat Pop, RnB, Jazz dan Blues. Kekadang tu lagu apa je aku dengar, asalkan best bagi pendengaran telinga aku nih. Cuma satu jer yang aku kureng, sorry to say la ek…aku tak suka lagu rock jiwang nih. Tak tau la kenapa, masalah betol bila aku dengar lagu yang berentak macam tu. Aku pun tak nak komen banyak pasal lagu-lagu macam ni sebab takut nanti ada peminat lagu-lagu rock jiwang kapak kat luar sana naik hantu pulak bila baca pasal ni. Hahahahah….never mind. Aku rasa korang jugak macam aku, mesti ada lagu yang buat korang teringat-ingat masa kecik-kecik dulu kan. Bila dengar jer lagu tu mesti teringat zaman kanak-kanak dulu. Lagu yang paling aku suka sampai sekarang ni lagu Azie, kau tetap dalam anganku, tapi aku tak ingat lagu tu tahun bila…hehehehehe…then sekarang ni jom aku nak bagitau korang sume pasal artis yang aku suka bangat.



Hummm…aku nak mulakan dengan satu group nih, memang aku suka sangat kat dey all nih. Spice girls. Mesti korang tau kan. Group dorang nih meletop masa tahun 1994 lagi yang ditubuhkan di London terdiri daripada
Victoria Beckham, Melanie Brown, Emma Bunton, Melanie Chisholm dan Geri Halliwell. Tapi dorang ni ada nama glemer dorang sendiri, kalau macam Victoria tu nama glemer dia Posh Spice, Melanie C plak Sporty spice, Melanie Brown tu Scary Spice, Emma Bunton Baby spice dan Gery Helliwel plak Ginger spice. Kalau aku nak tulis pasal dey all ni memang tak cukup page. Huhu…single debut pada tahun 1996 dey all yang masih lagi hit..wanna be…memang cool lagunyer…ada lagi lagu-lagu lain yang bez macam Good bye ngan viva forever, 2 become 1 pon bez jugak. Nanti kalau nak tau bez ke tak, dengar lah kat Youtube tu. Confirm ada punyer lah. Namun pada tahun 1998, Gary Halliwel kuar buat album solo then sorang-sorang plak gila nak buat album solo namun jualan album serta populariti tak sama masa mereka dalam satu kumpulan. Then pada tahun 2005 plak dey all ni nak bergabung pastu dalam Disember kalau tak silap dey all ni start buat tour jelajah dunia. Apa-apa aje lah korang ni…



Ni sorang lagi minah penyanyi aku memang aku minat gilerr. P!nk or nama betul dia Alecia Beth Moore. Minah ni dah kawin ngan sorang morcross racer then pastu cerai. Setakat hari ni, P!nk dah ada 5 album…hummm start ngan album Can’t take me home, pastu missundaztoodz, Try This, I’m Not dead n last skali funhouse. Minah ni memang giler-giler sikit. Sebelum dia jadi penyanyi, P!nk pernah keje kat Mc’D, kalau kawan dia datang jer mesti dia kasik free. Sengal kan? Hahahha…lantak ko la P!nk. Dia ni dah two-time Grammy-winning American singer-songwriter…memang power kan walaupun giler-giler. Kalau dalam 1st album tu…lagu yang paling aku minat Most girl..layan la beb, RNB tu. Heheheh….then album 2nd tu Family Potrait. Kalau album 3rd tu hummmm…aku kureng sikit huhuhu…tapi tetap layan macam trouble, god is a DJ dan banyak lah lagi. Album I’m not dead ni banyak lagu yang aku suka dengar macam Leave me alone, u+ur hand dan banyak lah lagi. Pastu the 5th album dia ni lagi la banyak lagu yang aku sukerr bangat. Macam funhouse, sober, bad influence, so what, please don’t leave me. Hehheheheh….



I’m sure, korang mesti kenal ngan minah ni kan. Britney Spears. Hahahhaha….minah yang dulu baik jer pastu tetiba naik hantu..hahhahah…tapi memang aku minat kat dia ni walaupun dia ni orang cakap giler ke apa ker…hehehehhehe….sume dia ni nyanyi apa jer mesti meletup. Since 1st album lagi aku suka kat dia. Dia punyer single debut baby one more time sampai sekarang ni pon kalau dengar lagu tu tetap meriah. Hahahha….pastu opss…I did it again..minah ni start buat kontoversi masa bercium ngan madonna masa persembahan live. Tapi minah ni kalau buat live performance memang mantap. Masa MTV video music performance, dia ni buat persembahan dalam cage ngan ular sawa albino tuu…masa nyanyi lagu I’m slave for you…memang setiap lagu dia ni aku memang minat giler. Then untuk labum terbaru ni, Circus macam lagu womanizer ngan circus…memang meletop beb..hahahhaah…Cuma satu je lah..macam yang aku cakap tadi… dia ni nak kata mereng tak mereng tapi mungkin tertekan kot..hahhaha…dia ni dah bercerai ngan laki dia so tak dapat hak penjagaan anak plak tu…hummm…britney…britney…




Kat Deluna, mungkin ramai yang tak kenal penyanyi ni. Tapi aku memang minat ngan suara dia yang soprano tu. Memang bez.. lagu dia macam Whine up feat. Elephant man memang aku tak puas dengar. Mantap siot..dia ni active since 2006 lagi. Boleh kata baru lagi la…lagu-lagu dia yang lain macam Cut off time then pastu lagu baru dia feat. Darin, breathing your love pun bezz…jadi sape yang minat genre pop dance or rnb dance mesti dengar lagi from her…



Ni plak pasal lagu genre jazz blues n soul. Hehhehhe…Corinne Bailey Rae. Macam bez jer.. hehehhe…memang bez pon. Selain menyanyi, dia ni jugak pandai main gitar. Put your records on lagu dia yang hitz dan korang memang patut dengar lagu nih…lagu-lagu dia yang lain macam like a star and so on..hehhehe…cari la sendiri kalau mau dengar yah…


Flyleaf…hummm…band ni genre dorang alternative rock and alternative metal. Huhuhu…aku pon minat lagu yang genre macam gini. Dorang punyer kaki macam Lacey Mosley sebagai vokalis dorang. Sore memang lah rock minah ni. Then, Sameer Bhattacharya, Jared Hartmann, Pat Seals, dan James Culpepper. Hehhehe….lagu dorang paling aku suka I’m sorry ngan supernatural.