Tuesday, January 31, 2017

Bercuti ke Perth Australia ~ Bakrigotravel

Bercuti ke Perth
Bakri go travel, yes I am super excited! Tak pernah lagi nak berjalan jauh macam ni, tambah2 pegi benua lain. Selalu pon duk pegi Thailand…Thailand…Thailand… Mati la nakkkk!!! So kali ni trip ke Perth, Australia tapi ramai orang Malaysia panggil Oz singkatan Aussie bila dorang pegi ke Australia. OZ pon OZ lah. Mula2 skali macam biasa la kan, tiket kapal terbang kena beli dulu. Benda jadi secara tiba2 bila kawan aku whatsapp cuba check tiket pegi Perth, bila tengok harga tiket dalam 600 lebih, ok book now!! Haha. Terus book tiket total dalam 630MYR then kedua accommodation…arghhh macam nak pitam tengok harga hotel di Perth paling murah around 250MYR ke atas dan disebabkan  kitorang cuti ala-ala budget backpacker so kena la cari guest house ke, hostel backpacker ke. Baca review tripadvisor kat hostel kira agak ok jugak la dengan cost yang agak murah. Then we had decided to stay there. MIX DORM and female dorm!!! Tu je pilihan yang ada. No choice terpaksa la ambik mix dorm. Seram!!! Anything happen just keep quiet and mind your own business. Nak pegi ke OZ jangan lupa apply ETA (electronic travel visa) boleh je buat kat mana2 agent pelancongan. Aku pegi buat dekat travel agency depan wangsa walk, RM 30 satu visa.


Day 1

Flight AAX ke Perth jam 0005 27 November 2015 tapi kitorang sampai awal sebab nak clear immigration cepat skit takut ramai sangat nanti nak beratur. Masa masuk waiting hall kat boarding gate tu dorang cek passport dan visa skali lagi then kena tanya “brapa kali dah pegi OZ dan untuk apa” pastu dorang buat confirmation skali lagi sebab nama dalam visa aku takde tulis BIN. Haha…flight ke Perth 5 jam 30 minit then masa dalam flight tu kena isi arrival card dan kena declare barang yang kita bawak. Argh sudah..nape card ni lain dari yang aku google, sebab masa aku google ada satu kolum kena tick makanan yang kita bawak tapi yang ni xde. Dah mula gelabah…nanti xpasal2 kena kompaun. Mahal oooo… 400AUD. Cer convert. To all passengers please back to your seat and fasten your seatbelt securely. Ni yang aku lemah ni..tetiba pulak masalah cuaca…3-4 kali jugak la.. jgn sampai air turbulence sudah…terburai urat perut nanti. Landed safely!



Dengan perasaan seram sejuk nak pegi ke immigration sebab macam2 citer dengar pasal Immigration Australia ni. Tegas la, garang la… masa nak pegi cop passport tu aku tanya pasal makanan yang aku bawak should we need to declare or not…? Omaigoddd depa punya English, British accent! Pardon me…duhhh…x paham..I have to speak like Mr Potter …haha… jem kejap..dah English aku OME sangat…but fortunately they are so friendly and very helpful. We don’t need to declare. Lega!!! Tengok2 eh…kita dah sampai arrival hall…senangnya.. kawan2 aku xpercaya kitorang boleh lepas IMMI dengan senang sebab dorang pernah cakap maybe kitorang kena full body check sebab nama kitorang ada MOHD. Islamophobia sangat. Dushhh…



Kitorang ambik teksi nak cari hostel, berlagak padahal kalu guna transperth murah je. Kena 45AUD. Masakkk. Sampai kat hostel xleh check in lagi so kena tunggu, maka berselerakan kitorang berjalan kat bandar Perth tu. Lepak kat shopping mall dengan backpack. Tourist sangat. First day kat Perth kitorang pegi ke Fremantle yang katanya ada fish n chip yang pemes tu. Kitorang makan dekat cicerello’s, harga boleh tahan la lebih kurang 14AUD. Kitorang ambik train ke Fremantle. Train dorang lebih kurang macam LRT la tapi pening sikit nak bayar sebab macam 1 zone, 2 zone, 3 zone. Harga berbeza. ke Fremantle ambik 3 zone kalo x silap, lupa. Takde 2 ways tapi ada jenis one day ride dan family ride. Then dah habis perjalanan hari pertama… jom balik tido.

DAY 2
Sebabkan kitorang belum book sewa kereta pagi2 dah kluar nak cari rental car untuk dua hari. Waze sangat berguna yer. Beli je sim sana senang nak berhubung. Aku beli sim Yes Optus, masa tu ada promosi kot 10AUD untuk 4g data. So aku hotspot jer. Jalan cari tempat pakai waze…hello wazers!! Jauh oooo berjalan, sampai2 je semua kereta dan fully booked. Nangis. Jauh berjalan koo…  so kitorang terus book untuk esoknya. Perth people are so nice, this lady very helpful. Kitorang sewa kereta dekat Avis car rental. Untuk 2 hari, kena berjalan ambik kereta esoknya lagi jawabnya. Berjalan lagi. Nak sewa kereta kat Perth macam2 ragam bentuknya, ada yang kena Bon la. Tapi masa book aku ada ambik insuran jugak sebab kalo jadi pape bayaran untuk repair kea pa ke murah. Klo ambik ins max kena bayar dalam 300AUD je. Kalo tak 3000AUD ko. Max kredit card aku pn 8000 tu RM ok!! Untuk sewa kereta 2 hari lebih kurang 280AUD unlimited. Minyak mahal ooo..pandai2 laa..Hari ni kitorang naik CAT’s bus. Free. Pegi ke King’s park lepastu balik pegi skali lagi naik train pegi Mandurah. Semalam arah utara..hari ni ke selatan. Semata mata nak makan churros yang katanya best in the world. Tapi seriously, it’s haunting my sanity till now. Chocolateria san churro namanya..Sedap giler… nak pegi ke sini turun dari stesen Mandurah, naik bus transperth, takyah bayar guna tiket train tadi. berhenti di perhentian then habis perjalanan hari kedua.


Chocolateria San Churro

DAY 3
Ambik kete kat Avis, Hyundai assent. Baru lagi, masih bau kedai..haha mile age pon baru brapa ribu. Haaa…hari ni lagi super duper excited…drive kereta di negara orang…license memandu Malaysia laku yer kat OZ ni…dan right-hand drive..tu yang penting sebab tak kekok…hari ni ni kitorang start drive nak pergi tengok kangaroo…jakun kau tak pernah tengok binatang melompat 2 kaki ni…tapi kitorang x pergi kat caversham wildlife farm tu sebab mahal…lebih kurang 40AUD…tapi kitorang drive pergi Bunbury ada satu wildlife park ala2 kecik dan murah.. bayaran dalam 8AUD…sebelum masuk tu kitorang makan meggi siap2..masak dari hostel…(bawak sabun taharah untuk cuci periuk belanga…xpun bawak periuk sendiri). Ada la si kangaroo tu..omak aii..kuku panjang rupanya ko yer…tercapai gak la nk jumpa kangaroo…


Avis Car Rental

Masa perjalanan balik tu weols pegi pinnacles desert…yeaaaaaa…..lawa…memang cntik view dia..dan ramailah kami berjumpa dengan Malaysian kat situ..siap tnya itinerary weols lagi..weols jawab. Kami harung jer..pakai waze…then lepas tu gerak ke kedai makan lobster shack… lobster shack Cervantes nama tempat dia..lebih kurang sejam dari pinnacle tu..tu semua keje waze… cari2 tempat nk tengok sunset…uuuiii…memang cantik…pantai dekat area2 situ..sebab drive jer..tgk2 jmpa pantai yg xramai orang…mcm tempat orang surfing..so stop..nikmati keindahan sunset…sorry lupaa nama tempat..

Pinnacle Desert
Day 4

Balik dah pon…pepagi lagi pegi epot…x puas…memang kena datang lagi sini…sebelum ni aku takut nak travel tapi sekaraang ni dah x takut…semakin seronok nak pack my suitcase and flyyyyy….k guys…happy travelling…

Bunbury Wildlife Park

Lobster shack cervantes

No comments:

Post a Comment