Pada suatu ketika dahulu, di dalam hutan sebuah daerah di negeri Pahang, ada seekor monyet jantan dan seekor badak jantan yang berkawan baik. Pada suatu hari si badak ini mengajak monyet untuk keluar bersiar-siar di dalam hutan sambil menghirup udara segar. Semasa dalam perjalanan, si monyet ini telah ternampak sebuah pelita (ala-ala pelita Aladdin gitu). Si monyet pantas mengambil pelita tersebut. Si badak beria-ia menyuruh monyet supaya menggosok pelita itu. Tanpa membuang masa, monyet terus menggosok pelita itu. Dalam pada itu, keluarlah asap berkepul-kepul dari pelita itu. Muncul lah satu jin yang amat besar dan menakutkan sambil ketawa dan berkata.
“Hahahahaha….wahai monyet dan badak, kamu diberi 3 permintaan untuk setiap daripada kamu…kamu boleh meminta apa sahaja dan aku akan tunaikan permintaan kamu” bermula dengan permintaan daripada si Badak.
Badak: Aku nak semua badak yang ada kat negeri Pahang ni semuanya betina yang cun dan cantik-cantik semuanya kecuali aku.
Dipendekkan cerita, jadilah badak yang ada di seluruh Pahang itu semuanya betina dan cun-cun semuanya kecuali badak jantan itu.
Jin: Ha…sekarang giliran kamu pula Monyet
Monyet: permintaan aku…hummm…aku inginkan sebuah motosikal Harley Davidson yang berwarna merah.
Maka dapatlah si Monyet itu sebuah motosikal Harley Davidson berwarna merah. Tersengih-sengih si monyet memanjat motorsikal tersebut sambil diperhatikan oleh si badak…
Jin: sekarang giliran kamu pula badak…ini permintaan kamu yang kedua.
Badak: hummmm…..aku nak semua badak yang ada kat Malaysia ni semuanya badak betina dan cun-cun semuanya kecuali aku.
Tingg…..maka semua badak yang ada di seluruh tanah melayu ini menjadi badak betina yang cun dan cantik lagi menawan semuanya. Membuatkan si badak jantan terbeliak biji matanya.
Sekarang ni permintaan si monyet pula
Monyet: aku inginkan sebuah topi keledar yang cantik dan jaket yang sesuai digayakan dengan motosikal aku yang hebat ni.
Tingg…maka bergayalah si monyet dengan jaket dan topi keledar sambil tersenyum bangga kepada badak.
Jin: ha…badak, ingat. Ini permintaan kamu yang terakhir.
Badak: ok..ok..aku Cuma inginkan semua badak di seantero dunia ni adalah badak betina jer yang cantik lagi cun…aku tak nak ada badak jantan kat atas muka bumi ini kecuali aku.
Maka dengan sekelip mata, seluruh dunia hanya terdiri dengan badak-badak betina sahaja yang cantik lagi cun kecuali si badak jantan tadi. Maka melompat-lompat lah si badak kerana gembira kerana dia dikelilingi oleh badak-badak betina yang cun-cun semuanya.
Jin: sekarang giliran kamu pula monyet..
Monyet: (dengan ketawa) hahahahahahhaha……aku nak badak tu jadi gay
Ting……maka jadilah si badak itu gay..
Badak: ala nyah…mana mak nak cari badak jantan ni nyah…awww…xkuasa mak tau…
Byeeeeeeeeeeeeeeee
Slot Machines by Slotyro - Mapyro
ReplyDeleteFind slot 남원 출장안마 machines by Slotyro, the largest selection of video slots and live dealer games at Mapyro. Casino Slotyro · Slotyro 진주 출장안마 Playz 보령 출장마사지 · 충청북도 출장안마 Slotyro Slotz · Slotyro Casino 여주 출장안마