Hummm..hari ni aku nak cakap skit
pasal braces sebab ramai sangat duk tanya pakai braces ni sakit ke idokk berapa
lama kena pakai…macamana nak pakai brapa kos dia prosedur dia macamana. Satgi aku
habaq naa..sabaq sat jangan dok kalut sangat haha… OK la macam ni, aku nak
pakai braces ni dah lama sejak aku sekolah menengah lagi tapi masa tu ongkosnya
xde dan xtau mcam mana nk buat. Bila dah tua2 ni baru boleh pakai braces. Sendu..haha…
mula2 tu aku duk google macam2 pasal braces ni, kat klinik mana yang sediakan
perkhidmatan braces ni, then aku tanya kawan aku yang pada masa tu dah ada
pagar (braces) kat gigi dia tu. Lepas dah risik2 sebanyak mungkin maklumat then
aku pon buatlah panggilan sulung aku ke sebuah klinik kat Pakar Orthodontik
Pauh Seberang Perai, Pulau Pinang. Dorang
set kan satu date untuk appointment tapi aku lupa bila sebab dah lama, kad
appointment pon dah hilang.
|
Ortho Wax |
Pada hari pertama pegi
appointment tu, masuk bilik Dr, tengok segala mak nenek peralatan besi
tersangkut naik seram la pulak. Mula2 Dr tanya kenapa nak pakai braces, aku
jawab la nak jadi Zain Saidin, haha no lah aku cakaplah sebab gigi aku x rata,
yang gigi depan ke dalam sikit, macam Misha Omar then dia cek gigi aku and
kira. Dr. tanya lagi u pernah cabut gigi tak sebelum ni aku cakap x pernah. Ok
mungkin gigi awak x naik penuh lagi then dia decided untuk cabut dua batang
gigi jer ada yang kena cabut sampai 4 batang gigi then Dr cakap lagi gigi
belakang awak mmg dah tak boleh buat aku cakap ok. Gigi belakang aku memang tak
naik penuh. Lepas tu pulak Dr suh masuk bilik xray untuk buat xray. Aku kena
gigit menatang apa ntah masa nak xray tu then Dr. suh sengeh. Uuiii…nak xray
pon kena sengih ingat ambik gambaq ja kena sengih. Lepas xray dia letak benda
apa ntah dalam mulut untuk buat mould. Jadilah bentuk gigi ko yang macam misi2
datang kat skolah bawak replica gigi yang nak tunjuk cara2 nak gosok gigi tu. Lebih
kurang macam tu lah rupanya tapi semua kaler putih.
|
inter brush untuk berus celah2 braces |
Lepas habis je kena bawah dalam
RM190 kot masa first appointment tu. OK. Dah habis bab satu. Skang nak masuk
bab 2 pulak. Appointment untuk cabut gigi. Masa nak cabut gigi tu aku pikir 10
kali nak buat ke tak…seriau jugak nak kena cabut gigi ni. Oh gosh! Tapi appointment
ni kat klinik lain tau bukan klinik ortho tu sebab kat situ tak buat cabut
gigi. Then aku pon pegilah kat sebuah klinik gigi kat Bertam Kepala Batas depan
Petronas. Seperti biasa la nak cabut gigi kan kena bius dulu, masa nak bius tu
uiii sakit dowh cucuk kat gusi. Ok dah rasa kebas, Dr pon mulalah tugasnya
memulas gigi aku yang sihat dan tak sakit tu, susah oooo nak tanggal dekat
45 minit baru setel. Tu baru sebatang tapi aku
kena cabut dua batang. Dr cakap u kena tunggu gusi u sembuh n tempat luka dan
tutup baru boleh cabut yang lagi sebatang..OK… masa drive nak balik rumah rasa
ngilu menyucuk2 dah terasa tempat gigi yang kena cabut tu. Sampai je kat rumah
aku terus telan ubat tahan sakit. After 5 minit rasa lega sikit then terus
tidur sampai petang. Bangun2 je rasa sakit datang balik rasa macam nak
berguling2 jer sakitnya. Aduhh. Rasa lapar tapi takleh kunyah benda yang keras
then p la cari pisang. Semangat! Cari bubur kat kedai siap, bubur instant pon
beli. Seksa giler masa tu. Lepas seminggu baru rasa sembuh then buat
appointment skali lagi dengan klinik untuk cabut gigi kedua. Yang kedua lagi
lama, sejam lebih baru tanggal sampai Dr bius dua kali. Sakitnya takyah cakap
la. Kos untuk cabut 2 batang gigi lebih kurang RM150. FYI, gigi bukan sesuka
hati je yer nak cabut yang mana satu, Dr dari klinik braces tu yang akan
tentukan gigi mana yang akan kena cabut and dia bagi satu surat kat kita untuk
bagi kat klinik yang akan cabut gigi tu. OK. Habis bab 2.
|
Antara Oral care yang diberi lepas pakai braces RM54 |
|
|
Antara Oral care yang diberi lepas pakai braces RM54 |
Lepas 3 minggu gigi kedua yang
aku cabut tu sembuh, aku call klinik braces tu untuk appointment pasang braces.
Mula2 ada juga pikir nak buat ke tak tapi disebabkan gigi dah rongak 2 batang,
nak tak nak kena pasang jugak. Ok masuk bab 3. Tarikh aku lupa masa kali
pertama nak pasang braces tu berdebar jugak takut sakit, then Dr panggil masuk
dalam bilik dia, mula2 dia tunjuk kat aku getah yang warna warni suh aku pilih
warna, mula2 aku pilih warna biru. Tapi yang aku ambik bukan yang damon system tapi ambik yang elastic ties yang colourful. baru nampak bling2. Masa pasang tu tak sakit pon cuma rasa ngilu
sikit sebab Dr macam duk pulas besi tu sebab nak bagi ketat kot. Lepas habis je
pasang braces tak sampai pon setengah jam, kena buat appointmen untuk follow up
setiap sebulan skali. Masa ni aku kena bayar dalam RM1000, dia bagi aku berus n
ubat gigi khas untuk ortho, mouthwash macam listerine tu then wax untuk nak
cover besi braces supaya tak bagi pipi luka. Mula2 tak rasa apa pon tapi bila
malam tu memang takleh tidur, ko akan rasa gigi ko ditarik tarik dan nak
mengunyah pon tak boleh. Ko hanya boleh makan benda2 yang lembut je macam
pisang ke bubur ke tau benda2 yang tidak memerlukan aktiviti pengunyahan
berlaku. Masuk mulut telan, masuk mulut telan. Seksa, minggu pertama berat
turun 3 kilo. Haha. Benda ini akan berlaku setiap kali lepas appointment
bulanan lepas korang p tukar getah dan besi braces. Sebab setiap bulan Dr akan
ketatkan besi untuk tarik gigi bagi rapat.
Lepas tu setiap bulan kita kena p tukar getah
dia tu yang warna warni tu. Bebas nak warna apa pon, nak atas biru bawah pink
pon boleh. Nak selang-selang pon boleh, biru pink hijau. Lantak ko la Munah nak
buat macamana pon. Then setiap bulan ko kena bayar RM200 secara ansuran dari
jumlah harga braces tu. Macam yang aku ambik yang RM3900 yang satu lagi yang
seramik (damon system) dekat RM5000. Yang seramik ni takde kaler, macam jernih jer, aku tak
nak yang ni sebab tak Nampak glamour. Haha. So skrang ni dah dekat 2 tahun
setengah baru boleh bukak. Terpulang pada struktur gigi lama ke cepat masa nak
boleh bukak braces tu. Secara total untuk pasang braces tu dalam RM4000-RM4500.
Tapi lain klinik tak sama harganya. So sapa yang rasa nak pasang braces tu
boleh la baca dan pikir sebelum pakai. BEAUTY IS PAIN!!!