Thursday, September 15, 2011

20 Pelajar disebat pengawas

Anda mungkin telah membaca artikel ini, pada pendapat anda siapakah yang bersalah? Seringkali kita mendengar di media massa mahupun di media cetak yang sering menyelar tindakan pelajar yang membuli dan tidak kurang juga menyelar para pelajar yang di bawah umur menghisap rokok. Bukannya niat saya menulis diruangan blog saya untuk mencari salah siapa atau terus menuding jari, namun kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras boleh berfikir peranan orang disekeliling kita juga peranan media massa yang sentiasa menjalankan tugas penuh tanggungjawab. Namun, pernahkahkita berfikir bagaimana semua ini berlaku. Apabila keluarnya cerita yang berkaitan dengan sekolah pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain bagi melepaskan diri. Ini bukanlah budaya kita dalam menyelesaikan masalah namun inilah yang terjadi.

Kadang-kadang terlintas juga difikiran pihak media terlampau melebih-lebih dalam menyampaikan maklumat sehingga disalah erti oleh banyak pihak. Bukan niat untuk menyalahkan pihak media namun perkara yang boleh diselesaikan dengan aman serta toleransi. Tidak perlu untuk menghebohkan kepada seantero dunia. Sebagai contoh, pihak media hanya mendengar cerita daripada si pengadu tanpa mengambil kira kesahihan berita yang disampaikan. Setelah mengambil gambar untuk diterbitkan di dada akhbar mereka, tulisan demi tulisan dibuat. Keesokkannya ramai individu mahupun organisasi membaca artikel yang ditulis dan mula membuat penilaian. Adalah menjadi hak individu untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang ditulis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.Had umur setiap individu yang dibenarkan untuk menghisap rokok di Negara kita adalah 18 tahun dan ke atas dan bukan dari kalangan mereka yang masih dibangku sekolah. Ramai dikalangan kita sudah sedia maklum bahawa premis-premis seperti sekolah, hospital, pejabat pos, bank malah di dalam bilik operasi media juga merupakan kawasan larangan merokok. Jika dipetik sebahagian daripada artikel berita yang ditulis Seorang daripada pelajar terbabit berkata kejadian itu bermula apabila gelagat mereka menghisap rokok di luar kawasan sekolah dikesan pengawas kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu” dan difahamkan pelajar ini adalah merupakan pelajar yang tinggal di asrama. Hari outing untuk pelajar keluar bersiar-siar serta mencari kelengkapan persekolahan dan bukanlah menjadi lessen untuk mereka menghisap rokok kerana mereka masih lagi terikat dengan peraturan asrama di mana ada perkara-perkara yang tidak dibenarkan mereka lakukan seperti pergi ke pusat-pusat karaoke, Cyber cafe bertujuan untuk berhibur dan yang paling utama mereka langsung tidak dibenarkan menghisap rokok. Hal yang berkaitan juga, jika difikirkan secara logic akal seramai 20 orang pelajar yang mendakwa mereka menghisap rokok dan ada juga di kalangan mereka mendakwa, mereka hanya menghisap rokok hanya diluar kawasan sekolah. Kesemua 20 orang pelajar ini adalah pelajar asrama yang hanya dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing 2 minggu sekali dan satu hari untuk outing sama ada Sabtu atau Ahad. Persoalannya adalah, Adakah para pelajar ini akan menghisap rokok hanya seminggu sekali? Memang jawapan YA boleh diberikan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan rokok. Bagaimana pula bagi perokok yang boleh dikatakan tegar? Adakah mereka mampu untuk menahan daripada menghisap rokok selama 2 minggu paling kurang pun seminggu. Tak nak komen lebih-lebih, gunakan akal fikiran kita yang bijak pandai dalam mengadili hal-hal sebegini.

Kuasa seorang pengawas sememangnya ada batas-batasnya. Seorang pengawas langsung dibenarkan menjentik malah memukul menggunakan peralatan terhadap pelajar-pelajar lain. Setiap hal-hal yang berkaitan disiplin mestilah dirujuk kepada warden asrama jika mereka tinggal di asrama serta kepada pihak disiplin sekolah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sebaik mana pun niat kita dalam mendidik serta mengajar hendaklah melalui saluran yang betul supaya tidak mencetuskan sebarang kontroversi. Tanggungjawab seorang pengawas adalah sentiasa melaporkan tindakan disiplin yang berlaku di kawasan sekolah amnya dan tidak kurang juga dari segi pemantauan peribadi. Kuasa menghukum adalah ditangan pihak disiplin sekolah.

p/s: Fikirlah sematang-matangnya sebelum membuat penilaian

No comments:

Post a Comment